Akaun ni di create pada April 2004... bermula dari beberapa orang.. kini dah mencecah 596.. mungkin nilai ini x begitu ramai untuk dibanggakan.. cuma bagi saya.. ianya sudah cukup untuk mengiakan usaha saya untuk mencari kawan2 lama mendapat sokongan anda semua...
Sejak meninggalkan tanah teknik sejak 9 tahun yang lepas..iaitu tahun 1998.. terasa rindu akan kenangan manis, pahit dan bermacam-macam lagi membuatkan saya ingin bertemu kawan-kawan lama.. kawan-kawan satu dorm, study, fly....
Terasa baru semalam ianya berlalu... masih segar lagi dalam ingatan.. bisikan suara riuh rendah.. gelak ketawa... bayangan semuanya... kadang2 semua itu merupakan kenangan terindah dlm hidup ini...
sebelum terlupa, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerna menyokong usaha ini.. kepada kawan-kawan satu batch.. yg x kenal.. salam perkenalan saya dahulukan...
buat junior-junior... senior-senior... yg x kenal... salam perkenalan saya dahulukan.. terima kasih kerna tidak mempersoalkan siapa saya.. kerna saya bukan laa warga teknik yg top, ada nama atau apa-apa... harap kalian semua paham akan tujuan saya iaitu untuk merapatkan lagi hubungan di antara warga teknik.. terutama batch saya sendiri...
batch lain saya alu-alukan juga... x salah kalau kita semua berkenalan kan.. kerna kita semua berasal dan di asuh di sebuah tempat yang banyak mendewasakan kita iaitu SMT Kuantan @ SMT 1 Kuantan..
salam perkenalan buat semua..
-hatta-
hatta7@gmail.com
Recent Comments